MAAFKAN ADIK IBU

Tah tak tahulah bila masanya. Adik hairan macam mana adik berada disini, tempat ini ganjil sekali,tapi seronok. Semuanya lembut macam tidur dalam buaian, adik berenang2 terbuai2 kesana sini. Adik seorang2 saja disini. Tadi adik nampak 3 orang budak. Mereka selalu berada didepan adik, tapi tak pernah pergi dekat adik. Kenapa? Adik panggil kuat2,adik tendang buaian tapi mereka masih tak dengar pun. Abang, kakak, adik nak main. Datanglah kesini! Dengar tak! Oh…tapi yang seronoknya, adik disini tak perlu buka mulut bila nak makan. Perut adik kadang2 kenyang, kadang2 lapar. Ada masanya tekak adik rasa pahit, rasa manis, rasa masin dan macam2 rasa.
Cuma ada masanya kadang2 mata adik pedih sangat. Hidung adik sesak. Adik tak tahanlah. Oh, baru adik tahu, budak 3 orang itu ialah bang long, bang ngah dan kak lang. mereka main bersama, makan bersama, belajar bersama.

Adik nampak ada seorang lelaki dewasa melayan mereka. Adik tak tahu siapa dia. Tapi adik dengar mereka paggil dia ayah, oh dialah ayah ya. Adik nampak sepasang tangan yang besar membelai dan menggosok mereka bertiga. Tapi kenapa adik tidak dibelai seperti mereka bertiga.. hari2 adik tunggu bila tangan itu akan membelai adik. Tapi tak pernah pun ada dapat rasa.

Hairannya bila ada adik rasa tangan membelai adik, tiba2 saja adik terbau semacam minyak angin menerjah kehidung dan mata adik. Adik gosok2 mata sebab tak tahan pedih! Suatu hari adik terdengar suara itu bercakap kepada ayah, dia tak sihat, perut berangin dan muntah2. dah sebulan badan tak sihat. ayah itu cakap, jumpalah doktor. Tapi suara itu kata tak payah lah. Walaupun lelaki itu berkali2 menyuruh pergi jumpa doktor, suara itu tetap enggan.

Satu hari tu, adik rasa badan adik teruk sekali, bagaikan dipicit2 dan dipulas2. badan adik yang halus berpusing, sekejap tertonggeng keatas, sekejap tertonggeng kebawah. Adik menjerit tapi tiada siapa yang dengar. Tiba2 adik ternampak seorang wanita bercakap sesuatu. “Kau ni mengandung agaknya. Tengoklah perut kau tu besar sikit daripada biasa.”Tapi suara itu kata mana ada mengandung. Haidnya masih datang macam biasa. Wanita itu cakap lagi, “pergilah jumpa doktar, ada juga wanita yang mengandung datang haid”.saranan wanita itu dibalas ketawa oleh suara itu.

Oh,Kini baru adik tahu, selama ini adik berada didalam rahim ibu. Ibu mengandungkan adik rupanya. Tapi kenapa ibu tak pedulikan adik. Kenapa ibu tak nak jumpa doktor. Ibu...ibu tak dengar ke denyutan jantung adik ni setiap detik. Adik bu, adik yang ada dalam perut ibu, dalam rahim ibu.

Hari2 adik berdoa agar ibu sihat. Tapi ibu menafikan bersungguh2 adik tak wujud dalam rahim ibu. Sampai hati ibu! Ibu... ibu takut ke ibu jadi miskin bila adik keluar nanti. Ibu kan kerja bagus, gaji besar. Dah tentu ibu mampu menjaga adik. Ayah pun ada dan baik sangat. Ibu, adik janji bila adik keluar nanti, adik tak kan susah kan ibu. Adik tak akan berjaga malam minta susu. Adik tak akan nakal, adik tahu ibu penat. Tolonglah bu. Adik janji...

Adik pastikan ibu cukup rehat dan tidur, bila kerja nanti ibu sentiasa cergas. Ibu kan orang penting dalam syarikat. Jatuh bangun syarikat bergantung pada ibu! Cuma satu adik minta, ibu terimalah kehadiran adik. Adik makin besar. Tak lama lagi adik nak keluar. Tapi ibu tetap kerja kuat, ibu tak pedulikan kesihatan ibu. Tak pedulikan adik ke? Kerana kesibukan kerja, waktu makan minum ibu abaikan. Bu,. Adik lapar bu..laparnya bu…adik perlukan makanan berkhasiat dari ibu!

Ibu, adik tunggu ni, bila agaknya ibu nak cakap dengan kawan2 ibu, ibu mengandungkan adik. Kalau ibu cakap adik ada dalam rahim ibu, adiklah baby paling gembira sekali. Hari itu adik amat terperanjat. Ibu buat keputusan nak pergi berubat cara kampung. Ibu sanggup bersusah payah menempuh perjalanan sukar, semata2 kerana menafikan kehadiran adik. Ibu makan berbagai ubat konon penawar penyakit.

Adik tak tahan bu. Apa yang ibu makan adik telan sekali. Pahit bu…adik rasa sendi2 adik sakit bu, adik rasa pans, adik tenguk ibu tak sihat juga. Ibu kerap cuti sakit. Ibu masih loya2 dan muntah. Tapi ibu kata pada kawan, ibu dah sihat. Perut ibu makin besar, ramai kawan ibu kata, ibu mengandung. Perut ibu besar macam orang mengadung, tapi ibu tetap cakap ibu tak mengandung. Adik sedih sangat bu. Tak apa bu, adik tetap berdoa agar satu hari nanti ibu akan tahu, adik ada dalam rahim ibu.

Tapi ibu pula makin tertekan bila tenguk perut ibu makin besar. Ibu suka cantik! Ibu tak mahu gemuk dan buncit! Kata ibu, wanita bekerjaya mesti cantik dan bergaya. Suatu hari, ibu bertungku pula! Kata ibu bertungku boleh mengecutkan perut. Perut boleh kempis, boleh buang lemak dan angin. Sejak itu, setiap malam ibu panaskan batu. Kemudian batu panas itu ditonyoh2 pada perut ibu, sambil terlentang dan telangkup. Kali ni adik benar2 tak tahan bu. Panas bu, panassssssss!!! Adik rela mati bu! Ibu, apa dosa adik bu, Kenapa ibu buat adik begini. Ampun bu!!

Adik tak minta pun kehadiran adik. Ini takdir bu kenapa ibu tidak mahu terima takdir? Cukuplah bu, jangan siksa adik lagi. Tolonglah bu, adik tak tahan disiksa begini. Aduh bu... Pagi itu ibu pergi office, ibu rasa tak selesa pada perut, tapi ibu teruskan tugas juga. Tiba2 perut ibu, memulas sakit luar biasa. Seperti nak buang air besar. Ibu ketandas. Terkejut ibu, keluar darah yang banyak sekali, ibu cemas dan minta pertolongan dari kawan minta hantar ke klinik. Dari klinik ibu dihantar kehospital berdekatan , akhirnya keluarlah adik.

Setelah terlalu lama penantian adik bu.. adik dapat melihat dunia ibu. Cantik bu macam2 warna ada, adik tenguk ramai org disini. Tapi kehadiran adik penuh dengan tanda tanya. Semua hairan bila ibu mengandung? Ayah pun tak tahu ibu mengandung. Semua orang dalam rumah tak tahu ibu mengandung. Kehadiran adik mengemparkan semua orang. Doktor kata, adik tak cukup bulan. Adik dimasukkan kedalam incubator, tangan adik dicucuk dengan jarum besar. Sakitnya bu..hanya tuhan saja yang tahu. Macam2 wayar ada dibadan adik bu. Kenapa begini bu?

Doctor kata paru2 adik banyak air. Doctor betungkus lumus nak selamat kan adik. Adik tenguk ramai kawan2 adik dalam incubator juga. Mereka semua comel, cantik..budak perempuan mesti cantik ye bu. Tapi kenapa adik tak cantik bu? Orang kata leher adik besar, atas kepala adik lebam birat, rupa adik berbeza dengan kawan2 adik bu. Adik dengar orang kata rupa adik peliklah.. doctor kata harapan adik tipis untuk hidup, adik sedih bu..

Impian adik nak main dengan abg long, abg ngah dan kak lang mungkin tak tercapai. Tapi yang paling adik dambarkan ialah belaian dan kucupan dari ibu. Bila agaknya ibu nak cium pipi adik bu. Sejak adik lahir, ibu lansung tak mahu jumpa adik, jangankan nak peluk dan cium adik. Datanglah bu, adik nak rasa hangatnya pelukan ibu, adik nak dengar suara ibu berkata adik anak ibu, adik nak dengar ibu kata, ibu sayang sangat adik. Izinkan adik pandang wajah ibu, adik tak pernah dapat tatap wajah ibu yang menumpangkan adik dirahimnya hingga adik lahir. Tak sudi ke ibu lihat adik?

Akhirnya doctor sahkan jantung adik berhenti berdenyut. Selamat tinggal dunia, adik hanya dapat mengirup udaramu 5 jam sahaja. Kalau adik hidup pun mungkin tak sempurna. Dah tentu adik banyak menyusahkan ibu. Maafkan adik bu. Adik sedih, tapi tak apalah. Ibu, adik sangka ibu bersedih bila adik tak ada didunia.

Tapi ibu gembira, ibu bercerita tentang kehadiran adik yang tidak diudang. Kini, baru adik tahu, kenapa ibu nafikan kehadiran adik. Sebab ibu mahu menjaga kerjaya ibu. Ibu telah berjaya membawa keuntungan besar kepada syarikat. Sebagai penghargaan ibu diberi bercuti keluar negara dan segala perbelanjaan ditanggung oleh majikan.

Kalau ada adik, ibu tak dapat tumpukan pada kerja., kehadiran adik sekaligus mengganggu percutian ibu yang dijangka bertolak seminggu selepas kehadiran adik. Perancangan ibu berubah, akhirnya ibu bercuti selama 60 hari dirumah saja.ibu..adik tahu ibu menyesal, tapi ibu tidak lafazkan kekesalan ibu pada sesiapa..

Adik tahu sebab ibu menangis, ibu menjerit2 dalam hati, ibu kata baru ibu tahu yang adik lebih bernilai dari segalanya, tapi dah terlambat bu.. Ibu, biarpun kita berada dialam berbeza, adik tidak putus doakan kesejahteraan ibu...”Ya Allah, ampunkan dosa2 ibu ku”.. ibu, adik tetap setia menunggu sentuhan dan kucupan ibu disyurga nanti..

Jangan lupakan adik ya bu.. doakan adik bila tiap kali ibu sembahyang
Adik sayang ibu, walau apa pun, ibu tetap ibu adik
Adik yang di alam barzah..

Surat cinta seorang ROCKER!

Salam,

Amacam awekku? Lu orait ke? Wa harap lu ok-ok je..

Awekku, gua telah membaca surat lu tempohari. Apasal lu buat cenggini kat gua? Selama ni cintan gua terhadap lu bukan main. Lu ingat gua main-main ke? Cintan gua mendalam very deep you know! very deep purple! Lu tak perasan ke?

Apa yang kurangnya gua ni? Cuba lu cakap! Gua ni tak cukup hensem ke? Atau lu sudah ada balak lain? Lu sound gua beb! Mentang-mentang lu keja opis, lu ada skandal dengan mat despatch kat opis lu tu! Mamat poyo tu lu nak? Apa barang?!! Setakat mat despatch, kalau lu nak tau, gua dulupun pernah mintak jadi cikgu tapi tak dapat. Bukan pasal gua takde kelayakan tapi tadika kemas jarang amik cikgu lelaki. Lagipun jiwa gua lebih kepada seni. Tiket konsert gua semua habis jual! Sebab tulah gua jadi tukang jual tiket konsert funfair buat sekian lamanya sampai tauke funfair tu tak offer kat onglain.

Gua memang betul-betul tak puas hati ni! Lu memang bikin gua panas! Sampai hati lu buat macam ni kat gua setelah apa yang gua dah kasik kat lu. Lu ingat gua ni apa?!!

Awekku, lu ingat tak dulu sewaktu lu & gua first time jumpa? Masa tu hujan. Lu takde payung. Lu lari pegi kat bus stop. Lu basah kuyup. Kesian pulak gua tengok lu kesejukan. Gua bukak jeket gua pastu kasik lu pinjam. Baek punya gua usya. Start tulah lu & gua sama-sama sudah feeling-feeling. Gua ingat lagi lagu "antara gadis" masa tu kita layan menjadi lagu tema cinta gua kat lu. Gua selalu nyanyi lagu tu kat talipon public. Lu tak ingat ke? Ke lu dah lupa?!!

Pehal lu buat cenggini?!! Gua dah tangkap cintan maut kat lu wo! Janganlah buat gua macamni! Kalau lu tak suka cara gua lu cakaplah! Janganlah kerana besday lu gua hadiahkan t-shirt metallica, lu buat camni pulak kat gua. Gua tau sapa gua. Gua memang macamni, rocker sejati! Lu pun tau sapa gua. Dulu lu takdepun macam ni. Lu tak kisahpun! Lu layan selamba je. Tapi kenapa sekarang lu berubah? Nampak je gua rocker tapi gua pun beriman jugak, beb! Sembahyang jumaat tak tinggal wo!

Lu pikirlah sindri, beb! Gua dah curahkan segala-galanya kat lu. Gua dah sound mak bapak gua nak meminang lu. Gitar Gibson secondhand gua tu gua dah gadai. Gua buat modal nak kawin dengan lu. Cayalah cakap gua! Gua tak tipu! Betul cakap lu! Gua harap lu pikirlah baik-baik, beb! Gua dah takde awek lain lagi. Lu sorang jelah yang gua cinta. Awek lain gua usya diorg tak layan gua cakap lu! Gua tak tipu! Betul punya cakap lu!

Akhirkata dari gua, kenang gua dalam doa makan malammu. Semoga lu berbahagia, beb!

Yang Benar,
Rockersejati


--
lalala,,,

mak ~!!

MAKKKK!!!!!

Bila dahaga, yang susukan aku…..mak
Bila lapar, yang suapkan aku….mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut….Mak


Bila bangun tidur, aku cari….mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ….mak
Bila nak bermanja, aku dekati….mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah….mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya….mak


Bila nakal, yang memarahi aku….mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma….mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah….mak
Bila takut, yang tenangkan aku…..mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk….mak


Aku selalu teringatkan ….mak
Bila sedih, aku mesti talipon….mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu…..mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak


Bila takut, aku selalu panggil… “mmaaakkkk! “
Bila sakit, orang paling risau adalah….mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga…..mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu….mak
Bila ada masalah, yang paling risau…. mak


Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku….mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk…..mak


Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku….mak
Yang selalu berleter kat aku…mak
Yang selalu puji aku….mak
Yang selalu nasihat aku….mak


Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk…..mak
Aku ada pasangan hidup sendiri….
Bila seronok, aku cari…….pasanganku
Bila sedih, aku cari……mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada….pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada….mak


Bila bahagia, aku peluk erat….pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat….emakku
Bila nak bercuti, aku bawa….pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah…..mak
Bila sambut anniversary … Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu…aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”


Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku
Bila-bila… aku akan talipon pasanganku
Entah bila… aku nak talipon mak
Selalu….aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila… aku nak belikan hadiah untuk emak



Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya….
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya…..
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya……
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya…….
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya….
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya…..
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya……

syg mama~

bali~ 23 july - 25 july 2009












salam~
seumur aku ni yg dah 23 tahun x penah lg nek flight.. entah cmne aritu kwn aku ckp air asia ade promotion.. tp utk bln 7.. pergi sane 3 hari 2 malam with bfast rm375.. bile dok fikir aku ni baru je keje. gaji pun br dpt sebulan,, tp smpt lg smpan duit utk shopping ke ape2..

23 hb julai 2009,
aku bgn lewat.pttnye aku bgn kul 5.30 tp tbabas bgn kul 6.30. melompat aku bgn mandi n siap2. kwn aku dah siap tggu kt bwh. kene mbebel lg, dah la flight kul 9 am.. nk g lcct time tu jem la plak. smpai2 lcct je da kul 7.30..sume mcm rushing je.. penat btol ngan x bfast lg.. 3 jam br smpai bali...
ngam2 kul 12.20 smpai bali~ lps check in je kitorg terus g jln2 kt jln kuta.. penat btol laa~
kaki ku sakit sekali.. last2 bile nk mkn je ssh. kt situ kan hindu je.. nk cr masjid pun ssh.. so terpaksa la cr nasi padang.. sekali mkn sorg je dah rm20. cekik drh gile la..
dah kyg2 blk la hotel..
tgh dok rilek2 kt bilik, de plak org dtg nk massage~ perghh~ penat n kene massage mmg best~
tdo ngan lena nye mlm tu sbb penat sgt2~!

24 hb julai 2009,
malasnye nk bgn!
kul 7 dah bgn sbb dah jnji nk g travel ngan kwn2.. van pun smpai kul 8.00... bgn n siap2 trus g bfast.. xmo lmbt ari ni. ibuk tu ckp smlm jgn telat ya mbak, nnt supir tggal. hahaha. aku gelak je la bile dgr cara diorg ckp... tp diorg ni kalu dgr yg kita ni dr malaysia, mmg diorg respect la..n diorg ni pun baik.. 1 lg diorg jenis saba je.. kalu kt malaysia ni, ade org berenti tgh2 jln n bsembang, mst sume dah mengamuk.. tp diorg x. xde bnyi horn pun. sume saba je. so cont td, pg ni kitorg g art galeri.. lawa2 btol lukisan die. mcm2 ade tp aku x beli 1 pun sbb aku x minat sgt. dah usha2 kt sane, pak budu ni bwk kitorg g minum kopi bali. smpt gak aku capture pic aku ngan nenek tuh. die grg kopi. kopi die same je mcm malaysia nye~ tmpt kt sini sume jauh2. nk g gunung berapi tu je dah sejam lbh.. dlm van aku tdo je. sedar2 dah smpai. sume penat mcm ape.. kt gunung berapi tu mmg lawa la tp xleh nk hayati sgt sbb org niaga kt situ kacau.. sume nk suh beli brg diorg.. nk amik gambar pun ssh. so x byk la yg aku amik.... habis gunung berapi, supir bwk g pasar seni sukamarwati.. tmpt shopping.. nk beli bj n cenderamata mmg murah.. ade gak mende pelik2 yg aku tgk,, kalu kt sini org ckp x gamak nk tgk or beli.. pastu mkn bakso. mcm dlm cite indon tuh.. abes shopping kitorg g tanah lot plak~ ni tmpt sunset. die ckp mmg cntik. pantai yg cntik n matahari yg terbenam. tp time tu x nmpk laaa.. rugi sgt2.. dgn penat n mcm2 ari tu..
blk je hotel perut lapo~ jom g mkn kt kebun bali.. ikan bakar n cumi2 bakar, mmg sdp n sambal bali mmg sdp la.. kalu g sane mmg nk mkn lg..

25 hb julai 2009,
bye bye bali...
ari ni nk blk dahhhhh
flight kul 12.. siap2 kemas brg terus check out ~ kul 10 mst ade kt airport~ ketemu lg ya ~~~

my soul~


ola~

aku ni jenis yg simple.. x suke mende yg cerewet dan x suke org yag cerewet..
hidup aku x byk yg special. aku kan jobless so xde ape nk dibanggakan buat masa skrg ni.. keje aku skrg ni, tdo, mkn n dok dpn pc. celik je mata xde mnde lain dah. pc pc pc.. xleh nk pisah.. mcm kapel aku lak. kalu blk kampung aku mst mati kutu kalu xde pc n tenet. rs mcm nk mati pun ade. ade ke org cm aku ni. hehehe..

my life~


salam~
dah 3 bulan menganggur... my life so bored, tp aku ade 2 org kwn yg aku syg sgt2.... angah or muhammad nazri dan aina nadia.. pada aku diorg ni la tmpt aku mencurahkan sume mslh aku, tmpt aku gembira dan sedih.. utk angah yg sll nasihat aku walaupun die adek aku.. aku syg die sbb die budak yg baik, prihatin n byk tlg aku bile aku ade mslh walaupun kitorg jauh.. aina nadia.. die neh sll nyakat aku n angah~ .. mcm2 la tp sebenarnye die ni baik n die la my bff!! sehari kalau x borak ngan diorg berdua ni, rasa mcm life aku x lgkap la.. i love both of them!
dan utk angah, selamat menyambut hari lahir yg ke 22~
sekian ~
salam sayang,
AnIm