MAAFKAN ADIK IBU

Tah tak tahulah bila masanya. Adik hairan macam mana adik berada disini, tempat ini ganjil sekali,tapi seronok. Semuanya lembut macam tidur dalam buaian, adik berenang2 terbuai2 kesana sini. Adik seorang2 saja disini. Tadi adik nampak 3 orang budak. Mereka selalu berada didepan adik, tapi tak pernah pergi dekat adik. Kenapa? Adik panggil kuat2,adik tendang buaian tapi mereka masih tak dengar pun. Abang, kakak, adik nak main. Datanglah kesini! Dengar tak! Oh…tapi yang seronoknya, adik disini tak perlu buka mulut bila nak makan. Perut adik kadang2 kenyang, kadang2 lapar. Ada masanya tekak adik rasa pahit, rasa manis, rasa masin dan macam2 rasa.
Cuma ada masanya kadang2 mata adik pedih sangat. Hidung adik sesak. Adik tak tahanlah. Oh, baru adik tahu, budak 3 orang itu ialah bang long, bang ngah dan kak lang. mereka main bersama, makan bersama, belajar bersama.

Adik nampak ada seorang lelaki dewasa melayan mereka. Adik tak tahu siapa dia. Tapi adik dengar mereka paggil dia ayah, oh dialah ayah ya. Adik nampak sepasang tangan yang besar membelai dan menggosok mereka bertiga. Tapi kenapa adik tidak dibelai seperti mereka bertiga.. hari2 adik tunggu bila tangan itu akan membelai adik. Tapi tak pernah pun ada dapat rasa.

Hairannya bila ada adik rasa tangan membelai adik, tiba2 saja adik terbau semacam minyak angin menerjah kehidung dan mata adik. Adik gosok2 mata sebab tak tahan pedih! Suatu hari adik terdengar suara itu bercakap kepada ayah, dia tak sihat, perut berangin dan muntah2. dah sebulan badan tak sihat. ayah itu cakap, jumpalah doktor. Tapi suara itu kata tak payah lah. Walaupun lelaki itu berkali2 menyuruh pergi jumpa doktor, suara itu tetap enggan.

Satu hari tu, adik rasa badan adik teruk sekali, bagaikan dipicit2 dan dipulas2. badan adik yang halus berpusing, sekejap tertonggeng keatas, sekejap tertonggeng kebawah. Adik menjerit tapi tiada siapa yang dengar. Tiba2 adik ternampak seorang wanita bercakap sesuatu. “Kau ni mengandung agaknya. Tengoklah perut kau tu besar sikit daripada biasa.”Tapi suara itu kata mana ada mengandung. Haidnya masih datang macam biasa. Wanita itu cakap lagi, “pergilah jumpa doktar, ada juga wanita yang mengandung datang haid”.saranan wanita itu dibalas ketawa oleh suara itu.

Oh,Kini baru adik tahu, selama ini adik berada didalam rahim ibu. Ibu mengandungkan adik rupanya. Tapi kenapa ibu tak pedulikan adik. Kenapa ibu tak nak jumpa doktor. Ibu...ibu tak dengar ke denyutan jantung adik ni setiap detik. Adik bu, adik yang ada dalam perut ibu, dalam rahim ibu.

Hari2 adik berdoa agar ibu sihat. Tapi ibu menafikan bersungguh2 adik tak wujud dalam rahim ibu. Sampai hati ibu! Ibu... ibu takut ke ibu jadi miskin bila adik keluar nanti. Ibu kan kerja bagus, gaji besar. Dah tentu ibu mampu menjaga adik. Ayah pun ada dan baik sangat. Ibu, adik janji bila adik keluar nanti, adik tak kan susah kan ibu. Adik tak akan berjaga malam minta susu. Adik tak akan nakal, adik tahu ibu penat. Tolonglah bu. Adik janji...

Adik pastikan ibu cukup rehat dan tidur, bila kerja nanti ibu sentiasa cergas. Ibu kan orang penting dalam syarikat. Jatuh bangun syarikat bergantung pada ibu! Cuma satu adik minta, ibu terimalah kehadiran adik. Adik makin besar. Tak lama lagi adik nak keluar. Tapi ibu tetap kerja kuat, ibu tak pedulikan kesihatan ibu. Tak pedulikan adik ke? Kerana kesibukan kerja, waktu makan minum ibu abaikan. Bu,. Adik lapar bu..laparnya bu…adik perlukan makanan berkhasiat dari ibu!

Ibu, adik tunggu ni, bila agaknya ibu nak cakap dengan kawan2 ibu, ibu mengandungkan adik. Kalau ibu cakap adik ada dalam rahim ibu, adiklah baby paling gembira sekali. Hari itu adik amat terperanjat. Ibu buat keputusan nak pergi berubat cara kampung. Ibu sanggup bersusah payah menempuh perjalanan sukar, semata2 kerana menafikan kehadiran adik. Ibu makan berbagai ubat konon penawar penyakit.

Adik tak tahan bu. Apa yang ibu makan adik telan sekali. Pahit bu…adik rasa sendi2 adik sakit bu, adik rasa pans, adik tenguk ibu tak sihat juga. Ibu kerap cuti sakit. Ibu masih loya2 dan muntah. Tapi ibu kata pada kawan, ibu dah sihat. Perut ibu makin besar, ramai kawan ibu kata, ibu mengandung. Perut ibu besar macam orang mengadung, tapi ibu tetap cakap ibu tak mengandung. Adik sedih sangat bu. Tak apa bu, adik tetap berdoa agar satu hari nanti ibu akan tahu, adik ada dalam rahim ibu.

Tapi ibu pula makin tertekan bila tenguk perut ibu makin besar. Ibu suka cantik! Ibu tak mahu gemuk dan buncit! Kata ibu, wanita bekerjaya mesti cantik dan bergaya. Suatu hari, ibu bertungku pula! Kata ibu bertungku boleh mengecutkan perut. Perut boleh kempis, boleh buang lemak dan angin. Sejak itu, setiap malam ibu panaskan batu. Kemudian batu panas itu ditonyoh2 pada perut ibu, sambil terlentang dan telangkup. Kali ni adik benar2 tak tahan bu. Panas bu, panassssssss!!! Adik rela mati bu! Ibu, apa dosa adik bu, Kenapa ibu buat adik begini. Ampun bu!!

Adik tak minta pun kehadiran adik. Ini takdir bu kenapa ibu tidak mahu terima takdir? Cukuplah bu, jangan siksa adik lagi. Tolonglah bu, adik tak tahan disiksa begini. Aduh bu... Pagi itu ibu pergi office, ibu rasa tak selesa pada perut, tapi ibu teruskan tugas juga. Tiba2 perut ibu, memulas sakit luar biasa. Seperti nak buang air besar. Ibu ketandas. Terkejut ibu, keluar darah yang banyak sekali, ibu cemas dan minta pertolongan dari kawan minta hantar ke klinik. Dari klinik ibu dihantar kehospital berdekatan , akhirnya keluarlah adik.

Setelah terlalu lama penantian adik bu.. adik dapat melihat dunia ibu. Cantik bu macam2 warna ada, adik tenguk ramai org disini. Tapi kehadiran adik penuh dengan tanda tanya. Semua hairan bila ibu mengandung? Ayah pun tak tahu ibu mengandung. Semua orang dalam rumah tak tahu ibu mengandung. Kehadiran adik mengemparkan semua orang. Doktor kata, adik tak cukup bulan. Adik dimasukkan kedalam incubator, tangan adik dicucuk dengan jarum besar. Sakitnya bu..hanya tuhan saja yang tahu. Macam2 wayar ada dibadan adik bu. Kenapa begini bu?

Doctor kata paru2 adik banyak air. Doctor betungkus lumus nak selamat kan adik. Adik tenguk ramai kawan2 adik dalam incubator juga. Mereka semua comel, cantik..budak perempuan mesti cantik ye bu. Tapi kenapa adik tak cantik bu? Orang kata leher adik besar, atas kepala adik lebam birat, rupa adik berbeza dengan kawan2 adik bu. Adik dengar orang kata rupa adik peliklah.. doctor kata harapan adik tipis untuk hidup, adik sedih bu..

Impian adik nak main dengan abg long, abg ngah dan kak lang mungkin tak tercapai. Tapi yang paling adik dambarkan ialah belaian dan kucupan dari ibu. Bila agaknya ibu nak cium pipi adik bu. Sejak adik lahir, ibu lansung tak mahu jumpa adik, jangankan nak peluk dan cium adik. Datanglah bu, adik nak rasa hangatnya pelukan ibu, adik nak dengar suara ibu berkata adik anak ibu, adik nak dengar ibu kata, ibu sayang sangat adik. Izinkan adik pandang wajah ibu, adik tak pernah dapat tatap wajah ibu yang menumpangkan adik dirahimnya hingga adik lahir. Tak sudi ke ibu lihat adik?

Akhirnya doctor sahkan jantung adik berhenti berdenyut. Selamat tinggal dunia, adik hanya dapat mengirup udaramu 5 jam sahaja. Kalau adik hidup pun mungkin tak sempurna. Dah tentu adik banyak menyusahkan ibu. Maafkan adik bu. Adik sedih, tapi tak apalah. Ibu, adik sangka ibu bersedih bila adik tak ada didunia.

Tapi ibu gembira, ibu bercerita tentang kehadiran adik yang tidak diudang. Kini, baru adik tahu, kenapa ibu nafikan kehadiran adik. Sebab ibu mahu menjaga kerjaya ibu. Ibu telah berjaya membawa keuntungan besar kepada syarikat. Sebagai penghargaan ibu diberi bercuti keluar negara dan segala perbelanjaan ditanggung oleh majikan.

Kalau ada adik, ibu tak dapat tumpukan pada kerja., kehadiran adik sekaligus mengganggu percutian ibu yang dijangka bertolak seminggu selepas kehadiran adik. Perancangan ibu berubah, akhirnya ibu bercuti selama 60 hari dirumah saja.ibu..adik tahu ibu menyesal, tapi ibu tidak lafazkan kekesalan ibu pada sesiapa..

Adik tahu sebab ibu menangis, ibu menjerit2 dalam hati, ibu kata baru ibu tahu yang adik lebih bernilai dari segalanya, tapi dah terlambat bu.. Ibu, biarpun kita berada dialam berbeza, adik tidak putus doakan kesejahteraan ibu...”Ya Allah, ampunkan dosa2 ibu ku”.. ibu, adik tetap setia menunggu sentuhan dan kucupan ibu disyurga nanti..

Jangan lupakan adik ya bu.. doakan adik bila tiap kali ibu sembahyang
Adik sayang ibu, walau apa pun, ibu tetap ibu adik
Adik yang di alam barzah..

0 comments: